Sunday 2 October 2016











NAMA: MUHAMMAD SYAHMI BIN AHMAD SHABIAN
NO MATRIK: 12DEE16F1024
TAJUK: PERANAN AKHBAR & MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA-IDEA SEMANGAT KEBANGSAAN
KURSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
SESI: JUN 2016
NAMA PENSYARAH: PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK
JABATAN: KEJURUTERAAN ELEKTRIK



PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.





PENGENALAN
Pergerakan kesedaran baru dalam kalangan orang Melayu yang berkembang selaras dengan perkembangan akhbar bermula awal kurun ke-20. Melalui akhbar, masyarakat Melayu mendapat maklumat penting tentang perkembangan di Tanah Melayu dan di negara luar. Antara akhbar dan majalah yang telah menyumbangkan peranan dalam menimbulkan kesedaran sosial dan politik masyarakat Melayu pada awal kurun ke-20 ialah Al-Imam (1906-1908), Saudara (1928-1941), Pengasuh (1918-1938), Majlis (1930-1940) dan Warta Malaya (1930-1941). Penyebaran maklumat dari luar negara seperti kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan negara Asia Tenggaara, seperti Indonesia dan Filipina telah memberikan impak kesedaran tentang pentingnya perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuntutan persamaan hak oleh kaum pendatang di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua menyemarakkan lagi kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera negara ini. Lantaran itu, beberapa orang tokoh politik Melayu telah memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dalam akhbar tempatan yang sedang berkembang pesat. Pada waktu itu, inilah cara yang terbaik untuk menyalurkan pandangan bagi menyedarkan orang Melayu yang sekian lama terleka



Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
—     Tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu
—     Akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu
—     Melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun
—     Antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah;
—     Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu- menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian
—     Menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
—     Antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di Singapura


Contoh akhbar akhbar Melayu




·        Akhbar Warta Malaya

o   diterbitkan di Singapura
o   pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar
o   menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu
o   mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan
o   memberi kesedaran kepada orang melayu dan mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak sesuai dan sekali gus mejadi gelanggang untuk bertukar-tukar fikiran
  
·        
         Akhbar Majlis


o   diterbitkan di Kuala Lumpur
o   pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
o   memberi sumbangan  memperjuangkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang melayu
o   ruangannya membolehkan orang ramai menulis tentang masalah politik,ekonomi,dan sosial
o   mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu
o   dianggap akhbar yang berani




                                       Akhbar Utusan Melayu


o   diterbitkan di Singapura
o   pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
o   dianggap sebagai lambang perpaduan orang melayu kerana rencananya banyak membela orang melayu dan menentang penjajahan
o   digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah
o   menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air



 Akhbar Orang Cina

o   Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News
o   Tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan
o   Melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu
o   Juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China
o   Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat CinaPeranakan (Baba dan Nyonya)
o   Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
o   tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang
o   tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu


Akhbar Orang India
  • o   Diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa
  • o   Pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur
  • o   Melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu
  • o   Juga peristiwa yang berlaku di negara India
  • o   Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan
  • o   Antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri
  • o   Tahun 1888 akhbar Sekolah Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu
  • o   Kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen
  • o   Karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan wartawan 
  • o   Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif




Al-Imam




  •  Mengubah sikap dan kembali kepada ajaran Islam yang berasaskan al-Quran  dan Hadis.
  •  Memahami ajaran Islam yang sebenarnya.
  •  Berusaha dengan gigih untuk mencapai kemajuan melalui pertukangan dan  bercucuk tanam.
  •  Mengambil langkah memelihara negeri daripada dijajah oleh musuh.
  •  Umat Islam harus bersatu padu untuk kebaikan semua.
  •  Mengkaji sejarah, khususnya sejarah perkembangan agama Islam dan  mengambil iktibar daripadanya.
  •  Mengkaji sejarah negara maju supaya dapat mencontohi usaha yang mereka  lakukan untuk mencapai kemajuan.
                                               

                                                   


Akhbar Saudara


Image result for AKHBAR & MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA-IDEA SEMANGAT KEBANGSAAN


Ø Akhbar Saudara diterbitkan pada September 1928 oleh Syed Syeikh al-Hadi.
Ø  Akhbar ini meneruskan usaha Kaum Muda untuk memajukan umat Islam dengan melaksanakan rancangan pembaharuan.
Ø Rencana dalam akhbar ini kebanyakannya berkaitan dengan agama.  Isu politik, ekonomi, sejarah dan pelajaran juga diterbitkan.
Ø  Terdapat dua akhbar yang diterbitkan oleh Kaum Tua untuk menentang akhbar Saudara iaitu Lidah Benar dan Suara Benar.
Ø Melalui akhbar-akhbar itu, golongan ulama Kaum Tua menentang kritikan dan sindiran yang dilemparkan oleh Kaum Muda terhadap mereka.
Ø   Pada 1930-an, akhbar Saudara memperlihatkan  kesedaran politik. Akhbar ini menyeru orang Melayu supaya mempertahankan Tanah Melayu daripada bangsa asing.
Ø Penerbit akhbar Saudara mengadakan ruangan Sahabat Pena pada 29 September 1934.  Ruangan ini kemudiannya ditukarkan kepada ruangan Persaudaraan Sahabat Pena
  •      Tujuan ruangan ini diwujudkan adalah untuk menimbulkan minat membaca dan mengeratkan persaudaraan di kalangan masyarakat Melayu. Dan ruangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun1935
                                     

Penerbitan Fajar Sarawak

Di Sarawak, akhbar yang giat memperjuangkan semangat kebangsaan ialah Fajar Sarawak.  Akhbar ini memperjuangkan beberapa perkara:

1. Menyeru orang Melayu berusaha memajukan diri.
2. Mementingkan pendidikan sebagai alat untuk kemajuan.
3. Anak-anak perempuan hendaklah diberi pelajaran yang secukupnya.
4. Mendesak kerajaan menambah perbelanjaan pendidikan untuk orang Melayu.
5. Menyeru orang Melayu supaya lebih giat dalam bidang perniagaan dan mengusahakan tanah.
6. Mendesak kerajaan supaya memperuntukkan tanah seluas tiga ekar kepada setiap orang Melayu.
7. Menyeru supaya orang Melayu jangan menjual tanah mereka.





Majalah

o   Lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana & puisi yang disiarkan
o   Sehingga tahun 1940-an – terdapat 120 buah majalah pelbagai corak diterbitkan
o   Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta politik antipenjajahan & orang asing
o   Antara majalah terkenal : Majalah Guru(1924), Pengasuh(1918) dan Bulan Melayu(1930)


Majalah Guru Pengarangnya:Muhamad Dato’ Muda Linggi ,Yusuf Ahmad,Mohd Sidin Rashid





ANTARA ISU YANG DIPERJUANGKAN:

•Pendidikan anak-anak Melayu
•Menyeru perpaduan orang Melayu
•Meniupkan semangat cinta akan negara
•Membaiki taraf hidup orang Melayu
•Memajukan bahasa & sastera Melayu
•Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa



MAJALAH Pengasuh , Pengarangnya:Dato’ Nik Mohamad




ANTARA ISU YANG DIPERJUANGKAN

•Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
•Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
•Memperluas ilmu dalam semua bidang
•Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
•Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk




 Majalah Bulan Melayu , Pengarangnya: Zainon Sulaiman

ANTARA ISU YANG DIUTARAKAN

•Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu
Johor
•Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
•Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
•Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa



KESAN DAN ISU YANG MEMBANGKITKAN AKHBAR DAN MAJALAH

     1.Sosial
  •   Memajukan  pendidikan  tinggi  orang  melayu.
  •   Menggalakkan  pendidikan  untuk  anak  perempuan.
  •   Menggalakkan  tabungan  di  kalangan  orang  Melayu  untuk  pendidikan  anak-anak.
  •   Meningkatkan  kemahiran  tradisional  orang  Melayu seperti  pertukangan  dan  kerja  tangan.
  •   Mementingkan  pendidikan  bahasa  Inggeris  untuk  kemajuan  orang  Melayu.
  •   Meminta  taraf  sekolah  Melayu  dibaiki  dengan memberikannya  nilai  ekonomi.
  •   Memartabatkan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa rasmi  dalam  pentadbiran  British.
  •   Mengekalkan  nilai-nilai  baik  masyarakat

     2. Ekonomi
  •   Menggalakan  syrikat  kerjasama  supya meningkatkan ekonomi dengan senang.
  •   Meminta  British  mengurangkan  kemasukan  orang dagang  kerana  hal  ini mengancam ekonomi tempatan.
  •   Menggalakan  perniagaan dalam kalangan orang Melayu.
  •   Melarangkan  orang  Melayu  daripada  menjual  tanah  mereka.
  •   Menyeru  orang  Melayu  supaya  berjimat  cermat.
  •   Meminta  British  mengadakan  kampung  khas Melayu  di  Kuala  Lumpur.    

    3. Politik
  •   Mengkritik  British  kerana mengurangkan kuasa Raja-raja  Melayu.
  •   Mengkritik  para  pembesar  dan  Raja-raja Melayu kerana tidak meaksanakan kepimpinan  yang  sewajarnya  untuk  rakyat.
  •   Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
  •   Menuntut diadakan Malay Administrative Service(M.S.A) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhimatan kerajaan.
  •   Menyeru  orang  Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya  bersatu  dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
  •  Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan 



KESIMPULAN:
*    keseluruhannya  peranan  yang  dimainkan  oleh akhbar dan  majalah  dalam  menggerakkan  kesedaran  kebangsaan dan semangat kebangsaan orang  Melayu  adalah  amat  jelas. Dengan  memuatkan  isu  berkaitan  sosial,  ekonomi  dan politik,  pembaca  mendapat idea baru  dan  pendedahan  yang  banyak  tentang  gerakkan  nasionalisme di  luar  dan di  dalam  negara.  Dengan  ini,  mereka dapat  membandingkan  dan  menilai  kesan  penjajahan  terhadap  kemajuan  ekonomi,  pendidikan,politik dan  juga meningkatkan semangat  kebangsaan  dalam perjuangan  mempertahankan negaranya.

Sekian , terima kasih .




SUMBER RUJUKAN



  1. http://pengajianmalaysiapnsnilai.blogspot.my/2015/08/peranan-akhbar-dan-majalah-dalam.html
  2. http://nazzashidi.blogspot.my/2015/09/peranan-akhbar-dan-majalah-yang.html
  3. http://pengajianmalaysiapnsnilai.blogspot.my/2015/08/peranan-akhbar-dan-majalah-dalam.html
  4. buku teks Pengajian Malaysia M/S 94-96