NO MATRIK: 12DEE16F1024
TAJUK: PERANAN AKHBAR & MAJALAH DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA-IDEA
SEMANGAT KEBANGSAAN
KURSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
SESI: JUN 2016
NAMA PENSYARAH:
PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK
JABATAN: KEJURUTERAAN ELEKTRIK
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke
hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat saya menyelesaikan tugasan
kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan
kepada PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK, Pensyarah Matapelajaran Pengajian
Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau
juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan
tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak
mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
PENGENALAN
Pergerakan
kesedaran baru dalam kalangan orang Melayu yang berkembang selaras dengan
perkembangan akhbar bermula awal kurun ke-20. Melalui akhbar, masyarakat Melayu
mendapat maklumat penting tentang perkembangan di Tanah Melayu dan di negara
luar. Antara akhbar dan majalah yang telah menyumbangkan peranan dalam
menimbulkan kesedaran sosial dan politik masyarakat Melayu pada awal kurun
ke-20 ialah Al-Imam (1906-1908), Saudara (1928-1941), Pengasuh (1918-1938),
Majlis (1930-1940) dan Warta Malaya (1930-1941). Penyebaran maklumat dari luar
negara seperti kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan negara Asia
Tenggaara, seperti Indonesia dan Filipina telah memberikan impak kesedaran
tentang pentingnya perjuangan menuntut kemerdekaan. Tuntutan persamaan hak oleh
kaum pendatang di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua menyemarakkan lagi
kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai
bumiputera negara ini. Lantaran itu, beberapa orang tokoh politik Melayu telah
memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan dalam akhbar tempatan
yang sedang berkembang pesat. Pada waktu itu, inilah cara yang terbaik untuk
menyalurkan pandangan bagi menyedarkan orang Melayu yang sekian lama terleka
Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
— Tahun 1930-an akhbar
Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu
— Akhbar berjaya
menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu
— Melalui serua-seruan
akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih
tersusun
— Antara peranan
akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah;
— Mengkritik dasar
British yang tidak menguntungkan orang Melayu- menyeru orang Melayu bersatu dan
menghapuskan semangat kenegerian
— Menuntut kedudukan
yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
— Antara akhbar yang
berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di
Singapura, Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan
di Singapura
Contoh akhbar akhbar Melayu
·
Akhbar
Warta Malaya
o diterbitkan di Singapura
o pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar
o menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang
Melayu
o mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak
jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan
o memberi kesedaran kepada orang melayu dan mengecam
dasar-dasar Inggeris yang tidak sesuai dan sekali gus mejadi gelanggang untuk
bertukar-tukar fikiran
·
Akhbar Majlis
o diterbitkan di Kuala Lumpur
o pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
o memberi sumbangan
memperjuangkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang melayu
o ruangannya membolehkan orang ramai menulis tentang
masalah politik,ekonomi,dan sosial
o mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam
kedudukan orang Melayu
o dianggap akhbar yang berani
Akhbar Utusan Melayu
o diterbitkan di Singapura
o pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
o dianggap sebagai lambang perpaduan orang melayu
kerana rencananya banyak membela orang melayu dan menentang penjajahan
o digunakan sebagai bahan pengajaran di sekolah
o menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi
dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air
Akhbar Orang Cina
o Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin
Chew Jit Poh dan Modern Daily News
o Tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan
o Melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi
orang Cina di Tanah Melayu
o Juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara
China
o Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang
diterbitkan oleh masyarakat CinaPeranakan (Baba dan Nyonya)
o Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang
Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
o tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan
merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita
pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang
o tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang
membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia
kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu
Akhbar Orang India
- o Diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa
- o Pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur
- o Melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu
- o Juga peristiwa yang berlaku di negara India
- o Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan
- o Antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri
- o Tahun 1888 akhbar Sekolah Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu
- o Kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen
- o Karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan wartawan
- o Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
Al-Imam
- Mengubah sikap dan kembali kepada ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis.
- Memahami ajaran Islam yang sebenarnya.
- Berusaha dengan gigih untuk mencapai kemajuan melalui pertukangan dan bercucuk tanam.
- Mengambil langkah memelihara negeri daripada dijajah oleh musuh.
- Umat Islam harus bersatu padu untuk kebaikan semua.
- Mengkaji sejarah, khususnya sejarah perkembangan agama Islam dan mengambil iktibar daripadanya.
- Mengkaji sejarah negara maju supaya dapat mencontohi usaha yang mereka lakukan untuk mencapai kemajuan.
Ø Akhbar Saudara diterbitkan pada
September 1928 oleh Syed Syeikh al-Hadi.
Ø Akhbar ini meneruskan usaha Kaum Muda untuk
memajukan umat Islam dengan melaksanakan rancangan pembaharuan.
Ø Rencana dalam akhbar ini kebanyakannya
berkaitan dengan agama. Isu politik, ekonomi, sejarah dan pelajaran juga
diterbitkan.
Ø Terdapat dua akhbar yang diterbitkan oleh Kaum
Tua untuk menentang akhbar Saudara iaitu Lidah Benar dan Suara Benar.
Ø Melalui akhbar-akhbar itu, golongan
ulama Kaum Tua menentang kritikan dan sindiran yang dilemparkan oleh Kaum Muda
terhadap mereka.
Ø Pada 1930-an, akhbar Saudara
memperlihatkan kesedaran politik. Akhbar ini menyeru orang Melayu supaya
mempertahankan Tanah Melayu daripada bangsa asing.
Ø Penerbit akhbar Saudara mengadakan
ruangan Sahabat Pena pada 29 September 1934. Ruangan ini kemudiannya
ditukarkan kepada ruangan Persaudaraan Sahabat Pena
- Tujuan ruangan ini diwujudkan adalah untuk menimbulkan minat membaca dan mengeratkan persaudaraan di kalangan masyarakat Melayu. Dan ruangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun1935
Penerbitan Fajar Sarawak
Di Sarawak, akhbar yang giat
memperjuangkan semangat kebangsaan ialah Fajar Sarawak. Akhbar ini
memperjuangkan beberapa perkara:
1. Menyeru orang Melayu berusaha
memajukan diri.
2. Mementingkan pendidikan sebagai alat
untuk kemajuan.
3. Anak-anak perempuan hendaklah diberi
pelajaran yang secukupnya.
4. Mendesak kerajaan menambah
perbelanjaan pendidikan untuk orang Melayu.
5. Menyeru orang Melayu supaya lebih
giat dalam bidang perniagaan dan mengusahakan tanah.
6. Mendesak kerajaan supaya
memperuntukkan tanah seluas tiga ekar kepada setiap orang Melayu.
7. Menyeru supaya orang Melayu jangan
menjual tanah mereka.
Majalah
o
Lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana &
puisi yang disiarkan
o
Sehingga tahun 1940-an – terdapat 120 buah majalah pelbagai corak
diterbitkan
o
Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera
serta politik antipenjajahan & orang asing
o
Antara majalah terkenal : Majalah Guru(1924), Pengasuh(1918) dan Bulan
Melayu(1930)
Majalah Guru Pengarangnya:Muhamad Dato’ Muda Linggi ,Yusuf Ahmad,Mohd Sidin Rashid
•Pendidikan anak-anak Melayu
•Menyeru perpaduan orang Melayu
•Meniupkan semangat cinta akan negara
•Membaiki taraf hidup orang Melayu
•Memajukan bahasa & sastera Melayu
•Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa
•Menyeru perpaduan orang Melayu
•Meniupkan semangat cinta akan negara
•Membaiki taraf hidup orang Melayu
•Memajukan bahasa & sastera Melayu
•Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa
MAJALAH Pengasuh , Pengarangnya:Dato’
Nik Mohamad
•Membincangkan soal penafsiran Islam
yang progresif bagi kemajuan ummah
•Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
•Memperluas ilmu dalam semua bidang
•Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
•Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
•Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
•Memperluas ilmu dalam semua bidang
•Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
•Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
Majalah
Bulan Melayu , Pengarangnya: Zainon
Sulaiman
ANTARA ISU YANG DIUTARAKAN
•Menggalakkan perpaduan di kalangan guru
perempuan Melayu
Johor
•Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
•Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
•Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
Johor
•Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
•Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
•Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa
KESAN DAN ISU YANG MEMBANGKITKAN AKHBAR DAN MAJALAH
- Memajukan pendidikan tinggi orang melayu.
- Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
- Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
- Meningkatkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan.
- Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
- Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
- Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
- Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat
2. Ekonomi
- Menggalakan syrikat kerjasama supya meningkatkan ekonomi dengan senang.
- Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana hal ini mengancam ekonomi tempatan.
- Menggalakan perniagaan dalam kalangan orang Melayu.
- Melarangkan orang Melayu daripada menjual tanah mereka.
- Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat.
- Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.
3. Politik
- Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
- Mengkritik para pembesar dan Raja-raja Melayu kerana tidak meaksanakan kepimpinan yang sewajarnya untuk rakyat.
- Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
- Menuntut diadakan Malay Administrative Service(M.S.A) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhimatan kerajaan.
- Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
- Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan
KESIMPULAN:
keseluruhannya peranan yang dimainkan oleh
akhbar dan majalah dalam menggerakkan kesedaran
kebangsaan dan semangat kebangsaan orang
Melayu adalah amat jelas. Dengan memuatkan
isu berkaitan sosial, ekonomi dan politik,
pembaca mendapat idea baru dan pendedahan yang
banyak tentang gerakkan nasionalisme di luar dan
di dalam negara. Dengan ini, mereka dapat
membandingkan dan menilai kesan penjajahan
terhadap kemajuan ekonomi, pendidikan,politik
dan juga meningkatkan semangat kebangsaan dalam
perjuangan mempertahankan negaranya.
Sekian , terima kasih .
SUMBER RUJUKAN
SUMBER RUJUKAN
- http://pengajianmalaysiapnsnilai.blogspot.my/2015/08/peranan-akhbar-dan-majalah-dalam.html
- http://nazzashidi.blogspot.my/2015/09/peranan-akhbar-dan-majalah-yang.html
- http://pengajianmalaysiapnsnilai.blogspot.my/2015/08/peranan-akhbar-dan-majalah-dalam.html
- buku teks Pengajian Malaysia M/S 94-96
No comments:
Post a Comment